Kelas Tuisyen Madam Zainora
Guru tuisyen peribadi
Guru tuisyen di rumah MELAKA
Kelas Online MEOW
MASALAH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS?
Anak-anak Tuan dan Puan masih belum boleh membina ayat Bahasa Inggeris dengan baik? Tuan dan Puan juga punya kekangan masa untuk memantau kerja sekolah anak dan bagaimana prestasi subjek Bahasa Inggeris anak-anak? Buntu memikirkan teknik berkesan agar anak-anak punya kemahiran bercakap Bahasa Inggeris?
Silibus kian mencabar. Penguasaan Penulisan, Mendengar dan Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris wajib dikuasai dari sekolah rendah lagi. Esok naik sekolah menengah tidak akan jauh ketinggalan.
Saya sedia membantu. Kepakaran saya untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris menggunapakai teknik saya yang tersendiri dan terbukti berkesan. In shaa Allah dengan pengalaman mengajar saya sejak dari tahun 2010 dapat membantu anak-anak Tuan dan Puan sebaiknya.
MENGAPA KELAS ONLINE?
1. Penjimatan Masa
Anda tidak perlu menghantar anak-anak ke pusat tuisyen atau rumah guru.
2. Mudah
Kelas boleh diikuti samada dengan menggunakan telefon, laptop atau komputer.
3. Eksklusif
Maksimum satu kumpulan hanyalah 25 orang pelajar. Saya pernah mengajar pelajar di Institut Pengajian Tinggi seramai hampir 100 pelajar pada satu-satu masa. In shaa Allah dengan hanya 25 orang pelajar dalam satu kelas akan mendapat manfaat yang lebih.
MAKLUMAT KELAS ONLINE
Aplikasi: ZOOM
-
Jadual kelas akan diberikan setiap kali sebelum kelas bulanan dijalankan.
-
Bahan pembelajaran/modul akan diberikan.
-
Buku Teks sebagai rujukan utama.
-
Penggunaan Digital Ink ketika kelas berlangsung.
-
Soal jawab semasa kelas berlangsung bagi memaksimumkan komunikasi dua hala.

KENALI SAYA

Komited dengan tugas
Peramah
Berbudi Bahasa
Berketerampilan
Tegas Berdisiplin
Bermotivasi
Zainora binti Mohd Isa
Saya merupakan seorang bekas pensyarah dan mempunyai pengalaman mengajar pelajar di peringkat Diploma pada tahun 2010 setelah tamat Ijazah.
Setelah itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Master dan mengajar pelajar Diploma dan Ijazah pula.
Kini saya menjalankan kelas tuisyen sepenuh masa berbekalkan setiap pengalaman yang saya ada dalam mendidik pelajar.
Cara saya: Bijak menarik minat anak-anak untuk seronok mempelajari Bahasa Inggeris. Punya pendekatan tersendiri untuk mengajar setiap peringkat anak-anak (lemah, sederhana, dan pandai) agar mencapai objektif pembelajaran.
SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Berapa ramai pelajar?
Pilihan di tangan tuan puan. Boleh menjadi tuisyen personal (1 to 1) atau berkumpulan (maksimum hanya 25 orang pelajar sahaja).
2. Bilakan yuran perlu dibayar?
Yuran perlu dibayar SEBELUM kelas berlangsung pada setiap bulan. Paling lewat adalah pada minggu kedua setiap bulan.
3. Adakah kelas akan diganti sekiranya guru membatalkan kelas?
Ya, kelas akan diganti apabila guru sendiri yang membatalkan kelas. Kelas tidak akan diganti sekiranya pelajar gagal hadir.
4. Bagaimana madam pantau perkembangan anak-anak?
Setiap perkembangan anak-anak akan saya maklumkan kepada tuan puan dari masa ke semasa.
