top of page
Search

Cara Pertama Nak Pandai English

Anda mahu pandai English dan nak tahu cara bagaimana mahu bermula? Setiap apa yang kita lakukan memerlukan langkah pertama, betul?


Daripada lahir, kita akan mengengsot kemudian merangkak kemudian melangkah sebelum berlari. Subhanallah benar. Dalam ilmu English ada cara pertama yang madam boleh kongsikan agar langkah pertama anda menjadi kukuh.


Ketahuilah bahawasanya langkah pertama ini bila dilakukan secara konsisten, in shaa Allah anda akan dapat melihat kesannya dalam masa sebulan. Ini mengikut kepada bagaimana tahap konsisten yang anda miliki.


Kalau setiap hari anda lakukan cara ini, mungkin lagi cepat kesannya berbanding yang hanya buat sekali sebulan. Baiklah, inilah cara pertama yang anda mesti lakukan.


Didik diri untuk menonton seberapa banyak movie, drama, tv series yang English TANPA subtitles.Ya, tanpa sarikata. Perbuatan ini dapat mengasah kemahiran mendengar anda secara optimum. Kalau nak juga subtitles, sila guna English punya subtitles. Jangan tukar kepada Bahasa Melayu okay.


Anda juga akan lebih mengenali perkataan-perkataan English, ejaan perkataan malahan cara sebutan juga dapat dipelajari dengan baik. Pada permulaanya, anda akan berasa langsung tidak faham akan dialog yang diutarakan oleh semua pelakon. Ini normal. Ini sangat normal. Jangan rasa down. Jangan rasa berputus asa.


Terus lakukan perkara ini dan anda sendiri yang akan merasai perubahannya. Kejayaan adalah milik sesiapa sahaja yang tidak kenal akan erti berputus asa. Hey you. Trust the process. You can do this. I believe in you.


Love,

Madam Zainora

 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


  • Facebook
  • wasap

©2021 by Mudahnya English Owh Wow.

bottom of page