"Madam, English ni susahlah"
- meowhwow
- Mar 29, 2021
- 1 min read
Bila ayat begini muncul di bibir pelajar, madam sudah tahu apa soalan tackle yang boleh madam sua kepadanya.
Sepanjang pengamatan madam, ayat begini akan muncul bila wujud ruang untuk berputus asa.
Putus asa merupakan perkara paling akhir yang boleh dilakukan (sebaiknya elakkan).
Kebiasaannya madam akan kenalpasti kekangan utama pelajar berkenaan.Apabila kekangan dapat dikenalpasti,lebih mudah ruang dan peluang yang Allah beri untuk madam manfaatkan.Maksud madam,ada teknik tertentu dalam membantu pelajar sebegini.
Blockage yang wujud menyebabkan pelajar berasa susah dan seterusnya berputus asa.
In shaa Allah dengan izin Allah,madam akan adaptasikan teknik bersesuaian mengikut pelajar.Ini adalah kerana setiap pelajar punya pendekatan mereka yang tersendiri.Moga Allah mempermudah.
Love.
Madam Zainora

Comments